Tuesday, 30 July 2013

Operator VS Promoter

Assalamualaikum...

Hurmm..tadi macam banyak sgt nak dicoretkan kat sini tapi bila dah buka macam dah xde benda yang nak dishare bersama..hmm,fikir fikir apa yg nak ditulis nie.. *thinking*

Ha Ha, dah ada topik..topiknya pasal kerjaya aku sekarang..acece,kerjaya la sangat kan kalau setakat jadi part time promoter kat Billion tu..tapi at least ada juga rezeki masa aku cuti cuti nie..hehe..alhamdulillah, dengan rezeki dariNya.. :) aku bersyukur sangat sebab akhirnya aku dah ada keja masa cuti sem nie haa..so,impian aku nak beli moto 2nd hand tu mungkin boleh dapat kowt..mudah mudahan In Sya ALLAH.. :) Harap harap gaji aku tu dapat pada masanya la kan boleh la planning aku berjalan lancar..hehehe

Penat tau kerja walaupun hanya jadi promoter..tambah tambah lagi keja kat supermarket mmg kena tahan je la dgn "senior senior" kat situ..ada yg jeling jeling,ada yg x reti hormat org, yg mengata pun ada jugak..tapi dah namanya manusia normal la tu kan..hurmm..

Aku lebih suka kerja kat kilang Canon dlu walaupun kerja dia 12 jam sehari (7-7) tapi aku happy je kerja kat sana..semua org boleh buat jadi geng..tipu la kata semua org boleh buat geng tapi yg penting aku xde masalah keja kt sana berbanding dgn pengalaman aku yg seminggu lebih keja jadi promoter nie..serius,keja kat kilang tu lagi happy nak nak pulak klu keja shift malam..perghh,semangat aku pegi keja wei,serius..shif malam best sebab xde org besar besar nak turun pantau operator buat apa..so keja dalam keadaan yg relaxs tapi tetap berkerja bersungguh sungguh dan komited gitu..sebab apa? sebab ALLAH Maha Melihat ada tengok kita..mna boleh curi tulang waktu berkeja kan.. :)

Mungkin sebab utama yg rasa tak selesa keja kat Billion tu sbb aku bukan reti cakap loghat Kedah sangat pun..diorg diorg nie cakap mmg pure Kedah sampai kadang2 aku pun x faham diorg cakap apa..so,bila diorg menyembang tu aku senyum je la tanpa menyampuk..dalam aku senyum tu pun ada org kata aku nie blur blur..aduhai,aku bukan blur cuma nnt bila aku bercakap terkeluar bahasa malaysia bukan bahasa kedah..nnt kau pulak yg pandang aku pelik kalau aku bercakap kan..huhu..kadang2 bila aku cakap menggunakan bahada kedah nie aku sendiri yang jadi pelik dengarnya..macam x kena gaya bahasa dan sebutan je..huhu..maaf la, saya bukan pure kedah ke awak2 sekalian..jadi kena la faham situasi saya..

Bukan aku lupa daratan tapi kat rumah pun guna bahasa malaysia serius..kalau guna bahasa kedah pun cuma hang-aku je..kalau lepak dengan member2 satu sekolah dulu mmg guna bahasa kedah tapi untuk certain2 words je..nasib baik diorg kawan aku,so tahu kenapa aku macam tu..love you all <3 :)

moral of the story is aku peramah dengan certain certain people only..somethimes dengan org tak kenal pun aku boleh menyembang sakan tapi kadang2 jugak aku x reti bersembang dgn diorg nie..so,sape2 yg baru kenal aku tu kena tahu nak tackle aku untuk bawak aku menyembang dgn korang..hehehe..just kidding..its happen naturally i guess..when i comfortable with these people i will cakap banyak and vice versa.. :)



* Keep Smiling And Everything Will Be Alright :) *




No comments:

Post a Comment