Tuesday, 30 July 2013

Operator VS Promoter

Assalamualaikum...

Hurmm..tadi macam banyak sgt nak dicoretkan kat sini tapi bila dah buka macam dah xde benda yang nak dishare bersama..hmm,fikir fikir apa yg nak ditulis nie.. *thinking*

Ha Ha, dah ada topik..topiknya pasal kerjaya aku sekarang..acece,kerjaya la sangat kan kalau setakat jadi part time promoter kat Billion tu..tapi at least ada juga rezeki masa aku cuti cuti nie..hehe..alhamdulillah, dengan rezeki dariNya.. :) aku bersyukur sangat sebab akhirnya aku dah ada keja masa cuti sem nie haa..so,impian aku nak beli moto 2nd hand tu mungkin boleh dapat kowt..mudah mudahan In Sya ALLAH.. :) Harap harap gaji aku tu dapat pada masanya la kan boleh la planning aku berjalan lancar..hehehe

Penat tau kerja walaupun hanya jadi promoter..tambah tambah lagi keja kat supermarket mmg kena tahan je la dgn "senior senior" kat situ..ada yg jeling jeling,ada yg x reti hormat org, yg mengata pun ada jugak..tapi dah namanya manusia normal la tu kan..hurmm..

Aku lebih suka kerja kat kilang Canon dlu walaupun kerja dia 12 jam sehari (7-7) tapi aku happy je kerja kat sana..semua org boleh buat jadi geng..tipu la kata semua org boleh buat geng tapi yg penting aku xde masalah keja kt sana berbanding dgn pengalaman aku yg seminggu lebih keja jadi promoter nie..serius,keja kat kilang tu lagi happy nak nak pulak klu keja shift malam..perghh,semangat aku pegi keja wei,serius..shif malam best sebab xde org besar besar nak turun pantau operator buat apa..so keja dalam keadaan yg relaxs tapi tetap berkerja bersungguh sungguh dan komited gitu..sebab apa? sebab ALLAH Maha Melihat ada tengok kita..mna boleh curi tulang waktu berkeja kan.. :)

Mungkin sebab utama yg rasa tak selesa keja kat Billion tu sbb aku bukan reti cakap loghat Kedah sangat pun..diorg diorg nie cakap mmg pure Kedah sampai kadang2 aku pun x faham diorg cakap apa..so,bila diorg menyembang tu aku senyum je la tanpa menyampuk..dalam aku senyum tu pun ada org kata aku nie blur blur..aduhai,aku bukan blur cuma nnt bila aku bercakap terkeluar bahasa malaysia bukan bahasa kedah..nnt kau pulak yg pandang aku pelik kalau aku bercakap kan..huhu..kadang2 bila aku cakap menggunakan bahada kedah nie aku sendiri yang jadi pelik dengarnya..macam x kena gaya bahasa dan sebutan je..huhu..maaf la, saya bukan pure kedah ke awak2 sekalian..jadi kena la faham situasi saya..

Bukan aku lupa daratan tapi kat rumah pun guna bahasa malaysia serius..kalau guna bahasa kedah pun cuma hang-aku je..kalau lepak dengan member2 satu sekolah dulu mmg guna bahasa kedah tapi untuk certain2 words je..nasib baik diorg kawan aku,so tahu kenapa aku macam tu..love you all <3 :)

moral of the story is aku peramah dengan certain certain people only..somethimes dengan org tak kenal pun aku boleh menyembang sakan tapi kadang2 jugak aku x reti bersembang dgn diorg nie..so,sape2 yg baru kenal aku tu kena tahu nak tackle aku untuk bawak aku menyembang dgn korang..hehehe..just kidding..its happen naturally i guess..when i comfortable with these people i will cakap banyak and vice versa.. :)



* Keep Smiling And Everything Will Be Alright :) *




Thursday, 25 July 2013

Nothing..Just Want To Write

Assalamualaikum..

Pepagi lepas sahur tadi aku dapat BBM dari sorg member aku nie..dia tanya ada simpan simkad dia tak sbb dia pelik xde dalam modem..of course aku tak simpan dah bukan aku pnya..aku reply balik kata yg dia ada keluarkan simkad tu dari modem..pastu dia kata aku yg keluarkan utk check boleh guna ke tak.. =.="

Seingat aku mmg aku yg keluarkan untuk check boleh guna ke tak tapi tu atas arahan dia..pastu aku dah bagi balik kat dia..then dia macam x puas hati je jadi aku sebagai kawan yg memahami dia pegi la check phone nokia season aku tu..and ada simkad dalam phone tu..masalahnya pulak tak tahu tu simkad sape..tapi aku confident yg tu simkad aku sbb lepas aku check simkad dia aku dah keluarkan balik dari phone aku..

Kalau nak gi check tu simkad sape kena la gi celcom center ye dak..so tggu la sampai hari isnin nie baru aku boleh check tu simkad sape sbb isnin baru aku cuti..tapi celcom center kat sungai petani nie kat mana eh?xpe Mr Google kan ada..hehehe

p/s kepada awak, tolong bersabar ye,hari isnin nnt saya check tu no sape..

Monday, 22 July 2013

Alhamdulillah.. :)

Assalamualaikum..

HoHo..gua dah start keja..hehe..kerja kat pasaraya BILLION as promoter CHEETAH..gaji dia okay la, insyaALLAH boleh beli motor sejibik (secondhand je la tapi) huhu..jadi la utk aku buat pegi kelas nnt..hehe..harap2 gaji yg bakal aku dapat nnt nie boleh mencapai impian aku sebelum nie..menyesal gak x gi keja awal2 kat Billion uhh..kalau tak mesti lagi masyuk kan?? apa boleh buat rezeki baru sampai.. :)

Semalam aku pening gak tetiba mak cik aku yg kat shah alam tu sruh aku pi sana keja kat McD..adoii,aku dah dapat keja kat sini la..gaji pun lebih kurang sama je dgn keja aku skrg..yg bezanya aku boleh keja lagi lama kat McD (kumpul waktu jam berkerja)..kat McD boleh keja sampai max 12 jam sehari,kat Billion nie 8 jam je sehari xleh lebih..okay gak kan keja McD tapi nak kesana la yg buat aku pening tuh..tiket bas dah la mahal,mana aku ada duit..duit yg ada pun ckup utk makan je..(penggangur kan)

Dalam dok pening2 tu aku pun berdiskusi dgn member2 baik aku (sapa lagi kalau bukan afie n dayah) sama ada nak gi sana or teruskan kerja kat sini je..lagipun keja nie dayah yg usaha carikan utk aku so serba salah gak tetiba nak quit camtu je kan..cian kat dayah nnt..huhu..lagi satu, aku nak balik sini hari tu pun guna duit afie..kalau tak mmg aku x balik sini..huhu..sebab tu la serba salah kalau aku decide nak ke sana semula..so final decision aku teruskan keja kat sini and bulan 9 nnt aku ke shah alam dlu sebelum ke melaka.. :)

Wednesday, 17 July 2013

Andai Ini Takdirku

Assalamualaikum..

Dah sebulan cuti dan aku masih memegang jawatan penggangur terhormat kat umah nie..adoiii,mana lagi aku nak cari kerja nie??hurm..hilang semangat sudah nak mencari kerja..dok rumah keja aku tidooo jer..memang menaikkan berat badan betul..sekarang nie pun dah nampak kenaikkan lemak lemak di badan =.="





Takde ke sape2 nak ambik aku kerja?huhu,terasa teruknya aku sampai kena merayu mcm nie..bnyk benda aku plan sebelum cuti tak menjadi..kesiannya aku..aku nak kerja woi, dapat kerja nak kumpul duit untuk beli moto (seconhand je la mampu), ambik lesen keta, simpan utk simpanan masa depan. tapi nmpk gayanya 3 benda nie macam akan terkubur didalam mimpi jer :(

Doa-doakan la aku dapat kerja dalam masa terdekat nie..*camne nak dapat kalau asyik terperuk dalam rumah je ye dok*..mungkin aku telah ditakdirkan untuk melepak dekat rumah je sepanjang cuti 3 bulan nie..sob sob..redha je la *pasrah*



Tuesday, 16 July 2013

Kawan VS Sahabat

Assalamualaikum..

Hurmm..hurmm..kawan?...apa maksud kawan eh?
maksud kawan pada aku adalah orang yg kita kenal tak kira la bape lama masa perkenalan tu, ada bersama dgn kita, punya hobi yang sama, boleh berkongsi/bertelagah pendapat, tetapi kawan mungkin tidak dapat menyelami diri kita yg sebenar-benarnya..kawan apabila bergaduh mungkin akan kekal sbg kawan ataupun mungkin hubungan kawan tu akan terputus..senang citer kawan nie dia ada ada la,kalau xde xde la..macam tu je..

Kawan ke nie?

Sahabat pula apa maksudnya?
sahabat adalah seorang kawan yg sentiasa ada untuk kita tidak kira apa jua keadaan samada susah atau senang..sahabat adalah orang yg memahami diri kita dan tahu macam mna nak handle diri kita klu kita dalam bad mood/moody..sahabat seorang yg setiakawan dan mampu menyimpan rahsia kita dgn baik..sahabat sgt menyayangi kita,kadangkala mereka menjadi pelindung,penjaga kepada kita..

okay,daripada elaboration kat atas tu kita boleh nmpk perbezaan kawan @ sahabat..ternyata sahabat lebih dalam maknanya berbanding kawan..sebab tu kita boleh buat kawan bila2 masa dan senang2 je kita boleh hilang kawan..tetapi sukar untuk mencari yg bernama sahabat 

Sahabat Selamanya


Sunday, 14 July 2013

Di Hening Pagi

Assalamualaikum.. 

Hye hye..sekarang aku tak leh nak tido..dah cuba sedaya upaya untuk lelapkan mata tapi tetap tak boleh -,-
So tadi sambil sambil baring tu macam biasa la berangan igt balik apa yg dah jadi dalam hidup aku..keluar la segala kazanah alam *kenangan ler tuu* dari sekolah asrama sampai la dah masuk uni..satu persatu terlayar di ingatan..sebab yang aku xleh nak tido nie sebab igt kenangan dekat asrama uni.

aku tetiba teringat kat housemate aku yg dah setahun tinggal bersama..masuk je sem depan nie kitorg mungkin dapat member housemate yg baru..kemungkinan itu sgt tinggi,sure, pasti, comfem..aku selesa tinggal serumah dgn diorg nie.. :) diorg bnyk tolong aku dalam study..bukan study je malah ada juga yg lain..aku appreciate sgt jasa korg kt aku..terima kasih korg *big smile* maybe atau pasti sem 2 nie aku kurang ada kenangan dalam hidup korg sbb ye sbb *tersenyum pahit*..aku rindu suasana meriah kt ruang tamu dgn gelak terkekeh-kekeh korg yg  tgk running man..hidup suasana dalam rumah tu :)

walaupun korg selalu je tgk citer korean tuu tapi korg tak penah abaikan study korg..aku mmg salute ar kt korg,serius *tabik spring*..lepas nie aku kena fokus/usaha lebih kuat sbb korg dah xde dgn aku..xde sape nak ajar aku kalau aku x faham.. :( 
sedih + takut bila fikir camne kehidupan aku untuk sem seterusnya.

p/s aku jenis yg akan igt kawan sampai bila..jadi bila kawan yg aku igt tu tak igt kat aku,aku jadi sedih sangat..jadi untuk mengelakkan perkara nie berlaku,aku tak nak rapat dengan sesiapa pun lepas nie..sakit selama hampir setahun nie akan ku rawat perlahan-lahan









Bazaar Ramadan

Assalamualaikum.. 


Holla..Dah masuk ramadan yang ke-4 dah hari nie..alhamdulillah :)

Citer pasal ramadan x sah kalau tak xde bazaar kan..hari tu member2 aku ajak gi bazaar,aku pun join la sbb igt nak gi yg dekat je..sekali diorg pegi bazaar yg jauh dan semata-mata nak ronda je.. -.-"..dah la gerak gi bazaar tu dah lewat,pukul 6 baru nak gerak..dgn jalan jammed nyer..fuhh berpeluh gak follow diorg dari belakang..pastu boleh plk kata nak gi bazaar lagi satu..padahal jam dah pukul 6.45 ptg dah..nasib la jadi follower nie,harus ikut ke mana diorg pergi..hurmm..tapi okay gak xde la tggu macam lama je nak berbuka kan..hehehe..tu kisah pergi bazaar..

Sekarang nie kisah balik dari bazaar..diorg pecut bapak laju dan aku ketinggalan di belakang..ku sangka diorg tggu sekali diorg dah lesap ke mana dah..nasib nasib..nasib baik la jugak jalan yg aku lalu tu dah biasa nmpk boleh la balik sendri..klu x mmg berbuka tepi jalan la aku.. -,-..apa pnya member la..tapi alhamdulillah semua selamat..sempat sampai rumah sebelum maghrib :)

Moral of the story : tnya dlu nak pegi ke mana sebelum kata nak ikut..nnt jadi camnie la..huhu

Saturday, 13 July 2013

Jalan Malaysia

Assalamualaikum..

Holla..best nyer melepak dgn member baik kt umah dia..kitorang layan movie, story morry pasal zaman dulu kala, having fun together, and bergossip..ingatkan nak berbuka puasa sekali tapi sekali dia kena pegi rumah pak cik dia la petang tu..so,dalam pkl 5 petang tu aku dah chow la dari rumah dia..gelabah babe nak balik sendri..sebelum balik tu member gua nie dah bagi directory jalan nak balik, sekali gua ikut jalan mna ntah la tapi aku tetap gigih meneruskan perjalanan dan akhirnya nmpk jalan yang biasa lalu..fuhh,selamat *kesat peluh sambil senyum bahagia*..

moral of the story : selagi dalam malaysia komfem xkan tersesat punya la..sama ada ikut jalan jauh atau jalan dekat..true story *angkat cawan teh*